Pastinya ramai diantara yang kita keliru siapakah sebenar Dato' Naning. Di zaman persekolahan kita pernah belajar dalam buku teks sejarah tingkatan 2 dalam bab bertajuk pejuang negara dimana kita menganggap Dato' Naning atau Dato' Dol Said merupakan orang yang sama. Jika itu yang kita fahami maka hari ini anda akan didedahkan dengan kisah sebenar.
Tahukah anda Dato' Naning merupakan jawatan tertinggi yang disandang dalam sistem pentakbiran tradisional masyarakat Naning sejak lebih 600 tahun dahulu. Dato' Naning boleh dikatakan seperti seorang raja atau sultan yang memerintah sesebuah negeri cuma gelaran raja atau sultan tidak digunakan oleh Dato' Naning kerana terdapat perjanjian antara Sultan Muzaffar Syah dengan Dato' Naning yang pertama iaitu Dato' Perpatih Nan Sebatang. Disebabkan pada ketika itu Melaka sudah mempunyai seorang sultan maka Dato' Perpatih Nan Sebatang menolak untuk menggunakan gelaran raja atau sultan kerana beliau khuatir akan wujudnya pertumpahan darah antara pengikut beliau dan pengikut Sultan Melaka dibelakang hari kelak.
20 Fakta Ringkas Yang Menarik Mengenai Sejarah Dato' Naning:
- Gelaran sebenar Dato' Naning adalah Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah Nan Bergajah Tunggal Dato' Penghulu Undang Naning
- Dato' Naning pertama merupakan pengasas adat Perpatih iaitu Tengku Patih Sutan Jatang Balun atau lebih dikenali sebagai Dato' Perpatih Nan Sebatang
- Menurut catatan Belanda, Penguasa Belanda di Melaka iaitu Pantos mencatatkan bahawa jawatan Dato' Naning merupakan sebuah jawatan yang disandang sebelum zaman penjajahan Portugis di Melaka.
- Menurut Munsyi Abdullah pula dalam bukunya 'Hikayat Abdullah Munsyi' menyatakan jawatan Dato' Naning merupakan sebuah jawatan yang dibuat oleh Belanda untuk menguruskan masyarakat Minangkabau di kawasan utara Melaka
- Menurut penduduk tempatan Dato' Naning merupakan salah seorang anak raja dari Pagar Ruyong yang datang ke Melaka hasil permintaan Sultan Melaka untuk membantu baginda dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat orang asli atau Jakun
- Sehingga hari ini masyarakat di Alor Gajah masih lagi mengakui dan meneruskan sistem pemerintahan tradisi Naning walaupun kuasa Dato' Naning hanya berdasarkan kuasa adat semata-mata
- Terdapat 21 orang Dato' Naning sejak zaman dahulu hinggalah ke hari ini
- Dato' Naning mendapat nama gelarannya sempena nama seekor tebuan tanah yang besar yang bergelar Naning (Apis Dorsata)
- Dato' Dol Said pahlawan Melaka yang menentang British merupakan Dato' Naning yang ke-9
- Dato' Naning Dol Said merupakan perjuang pertama yang memulakan gerakan menentang British pada tahun 1831
- Buat kali pertama semenjak menduduki Semenanjung Tanah Melayu, British India East Company kalah kepada penduduk tempatan apabila berperang dengan Dato' Naning dalam perang Naning pertama 1831
- Dato' Naning merupakan sebuah jawatan yang hanya boleh disandang dalam masyarakat adat perpatih dalam sebuah suku yang bergelar Seri Melenggang atau Semelenggang
- Cara pemilihan penyandang jawatan Dato' Naning sejak Dato' Naning pertama telah dibuat dengan cara menyarungkan baju ajaib yang bernama Baju Setampuk Pinang atau Suindusen Wa is Tabrokin
- Baju Setampuk Pinang ghaib apabila kematian Dato' Naning yang ke 14 menyebabkan berlaku perebutan jawatan Dato' Naning
- Dahulunya Dato' Naning merupakan penguasa Wilayah Naning daripada sempadan Segamat (Nyalas) hinggalah ke Sempadan Negeri Sembilan (Lubuk Cina, Kendong, Tampin)
- Hari ini, jawatan Dato' Naning merupakan sebuah jawatan ketiga tertinggi di Negeri Melaka selepas Gabenor dan Ketua Menteri Melaka menurut pelembagaan Negeri Melaka
- Dalam sejarah Naning, Dato' Naning telah mengetuai penentangan beberapa penjajah seperti Portugis, Belanda, dan British
- Dato' Dol Said satu-satunya pejuang yang tidak dibunuh oleh British malah diberikan pencen sebanyak $100.00 sebulan
- Dato' Dol Said satu-satunya pejuang yang berjaya menyatukan pembesar Negeri Sembilan dalam memerangi British dalam perang pertama
- Jawatan Dato' Naning tidak boleh diserahkan kepada anak tetapi diserahkan kepada anak buahnya
Halo bosku semuanya kami dari C U M A P O K E R . C O M dijamin NO ROBOT !
ReplyDeleteKami memiliki 6 jenis permainan dalam 1 user ID
-AduQ
-BandarQ
-Poker
-Bandar Poker
-Capsa Susun
-DominoA
Kami juga memberikan promo-promo yang menarik kepada seluruh member kami loh bosku
-Bonus Turnover sebesar 0,5%
-Bonus Referal sebesar 20%
Kami juga memiliki support bank local yang ternama di Indonesia
-BCA
-BNI
-BRI
-MANDIRI
-DANAMON
Kami juga menyediakan newgame yang sedang populer
-SABUNG AYAM
-FISH HUNTER ( TEMBAK IKAN )
-JOKER SLOT
Buruan daftar bersama kami dan dapatkan hadiah jackpot hingga jutaan rupiah menunggu anda bosku ^_^